suria

Skuad Futsal Berlatih Di Vietnam, Thailand Menjelang Sukan Sea

SUNGAI PETANI: Skuad futsal kebangsaan akan menyertai beberapa kejohanan di Thailand dan Vietnam sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA ke-26 di Indonesia November ini.

Pengurus pasukan Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata pasukannya menyasar untuk mempertahankan pingat perak yang mereka menangi pada Sukan SEA sebelum ini.

Katanya tugas utama pihaknya adalah untuk memastikan skuad futsal kebangsaan mengekalkan pingat itu dengan cara memberi pendedahan yang lebih meluas mengenai teknik permainan futsal kepada para pemain.

"Tanggungjawab ini besar sebab hendak kekalkan kemenangan kita sebagai penyandang pingat perak dan pada saat akhir ini pemain perlukan pendedahan. Oleh itu kita menghantar skuad futsal untuk cuba bermain di kejohanan antarabangsa seperti di Vietnam dan Thailand.

"Macam Thailand, mereka bertaraf tinggi. Apabila pemain kita dihantar bermain di sana mereka boleh mempelajari selok-belok permainan dengan lebih berkesan dan lihat cara mereka bermain," katanya di sini.

Hamdan berkata 20 orang pemain akan dihantar menyertai Sukan SEA di Indonesia yang terdiri daripada pemain lama dan baru.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain