suria

Bekas Juara Beregu All-England Meninggal Dunia

GEROGE TOWN: Bekas juara beregu All-England, Datuk David Choong Ewe Leong (gambar) meninggal dunia di kediamanannya, Tanjong Tokong, pukul 6.30 pagi, Sabtu.

David,82, merupakan bekas anggota eksekutif Majlis Perbandaran. Beliau meraih jawatan tersebut selepas memenangi pilihanraya 1961 atas tiket MCA.

Beliau bersama adiknya, Eddy Choong menjulang gelaran juara badminton beregu All-England pada tahun 1951,1952 dan 1953.

Pasangan ini juga turut melangkah kaki ke final pada tahun 1954,1955 dan 1957 dan turut berkongsi trofi dalam ketegori beregu campuran bersama June White Timperly pada tahun 1953.

Pada tahun 1998, beliau dianugerahkan Internationall Badminton Hall of Fame.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain