suria

Piala Malaysia: T'Team Hilang Tiga Tunggak Utama

KUALA TERENGGANU: T'Team yang akan bertemu Kuala Lumpur dalam kejohanan Piala Malaysia di Stadium Selayang esok bakal kehilangan tiga tunggak utama berikutan kecederaan yang mereka alami.

Pemain berkenaan yang kini sedang menjalani rawatan ialah Zairo Zailani, Rosdi Talib dan Raja Hasbullah Raja Hassan. Zairo selaku perancang utama mengalami kecederaan buku lali sementara Rosdi mengalami ketegangan urat dan Raja Hasbullah cedera di lutut.

Pada perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan D Selasa lalu, T'Team menang 1-0 ke atas Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Jurulatih Yunus Alif berkata keadaan yang dialami pemainnya itu bakal mengganggu rentak pasukannya di Kuala Lumpur nanti. "Kita harap pemain-pemain pengganti akan dapat memainkan peranan masing-masing sebaik mungkin bagi mengelak pasukan kita kecundang dalam perlawanan itu nanti," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kemenangan ke atas Selangor telah menjadi penyuntik semangat kepada mereka. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Tevez Bukan Lagi Kapten Man City

Artikel Lain