suria

Seorang Penyokong Wales Meninggal Dunia

POLIS London melancarkan siasatan ke atas kematian seorang penyokong pasukan Wales pada satu kejadian di luar Stadium Wembley sebelum pasukan itu dikalahkan England pada perlawanan Kelayakan Euro 2012 awal pagi Rabu.

Polis Metropolitan berkejar ke tempat kejadian selepas menerima laporan di luar stadium sebelum perlawanan itu bermula.

“Pegawai dan pasukan Perkhidmatan Ambulan London turut berada di tempat kejadian. Lelaki itu dalam lingkungan 40-an dibawa ke Hospital London akibat kecederaan di bahagian kepala. Dia disahkan meninggal dunia pada pukula 20.50 malam,” jelas satu kenyataan polis.

Pihak polis percaya, lelali itu merupakan penyokong Wales dan enam orang turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Artikel Berikut

Artikel Lain