suria

Kami Bertuah: Capello

Capello memberi arahan kepada anak buahnya pada perlawanan menentang Wales, awal pagi Rabu.
Capello memberi arahan kepada anak buahnya pada perlawanan menentang Wales, awal pagi Rabu.
Capello memberi arahan kepada anak buahnya pada perlawanan menentang Wales, awal pagi Rabu.

JURULATIH England, Fabio Capello mengakui pasukannya bertuah kerana berjaya mengalahkan Wales 1-0 pada saingan sengit Kelayakan Euro 2012 Kumpulan G di Stadium Wembley awal pagi Rabu.

Hanya satu gol berjaya dicipta pada perlawanan itu yang hadir melalui Ashley Young pada minit ke-35 perlawanan.

“Ya, saya akui kami sedikit bertuah. Mereka telah melakukan kesilapan besar di depan gol. Pada 15 minit terakhir perlawanan kami goyang kerana tidak melakukan hantaran bola yang baik.

"Kami tidak melakukan tekanan kepada lawan, namun kami dapat bertahan dalam minit-minit terakhir itu,” katanya.

Pengendali dari Itali itu akui agak kesal dengan persembahan buruk anak buahnya di hadapan 77,000 penyokong yang setia walaupun keadaan hujan di stadium.

“Mereka dilihat seperti tidak ada keyakinan. Sesetengah pemain yang biasanya mampu menggelecek bola dan membawa bola ke arah pintu gol lawan, namun ia tidak berlaku di sini.

“Mereka melakukan sepakan melepasi gol sebanyak empat atau lima kali. Saya sentiasa mahu melihat tiga orang pemain berada di depan gol, tetapi malam ini hanya seorang sahaja yang berada di situ,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Wales, Gary Speed berpuas hati dengan aksi separuh masa kedua anak buahnya.

“Kami tidak bertuah. Pemain-pemain saya bermain baik pada separuh masa kedua. Kami mencipta beberapa peluang menarik namun gagal dilaksanakan dengan sempurna.

“Kekalahan ini tidak akan menghalang kami untuk aksi seterusnya. Saya sangat berbangga dengan mereka,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain