suria

Pemilik Baru QPR Mahu Khidmat Beckham

LONDON: Pemilik baru Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes ingin mendapatkan khidmat David Beckham.

Hartawan dari Malaysia itu menganggap kelab bola sepak itu dapat merealisasikan impiannya bermain di Sukan Olimpik.

Sehubungan itu, Fernandes berharap Beckham dapat meneruskan kerjaya bola sepaknya di Loftus Road sebagai sahaja Major League Soccer (MLS) berakhir.

Beckham ketika ini ialah pemain kelab Los Angeles Galaxy.

Fernandes percaya pemain berbakat itu akan tertarik dengan peluang bermain sebagai pemain kesebelasan utama QPR sehingga meningkatkan peluangnya bermain di Sukan Olimpik pada 2012.

Beliau turut mengetahui kos yang tinggi diperlukan untuk melamar Beckham ke QPR.

Bagaimanapun, katanya, jualan jersi dan lain-lain cenderamata mampu membiayai kos membawa pemain itu ke barat London.

Beckham, 36, pernah memberitahu dia berhasrat untuk mewakili England dalam kejohanan sukan berprestij itu di London kelak.

Kontraknya bakal tamat pada penghujung musim ini.

Walaupun ditawarkan kontrak baru, dia bagaimanapun masih belum menandatanganinya.

Sumber dalaman Rangers berkata: "Tony menjanjikan banyak sokongan kepada Neil Warnock dalam pasaran perpindahan pemain dan beliau membuktikannya baru-baru ini.

"Bagaimanapun membawa Beckham kembali ke England pada bulan hadapan adalah prioriti. Ia bukanlah satu angan-angan semata-mata."

Sementara itu, Robbie Keane tidak akan tergesa-gesa kembali bermain di Liga Perdana pada musim sejuk ini.

Dia tidak akan mengikut jejak langkah rakan sepasukan Galaxy, Beckham yang kerap pulang ke Eropah untuk memastikan diri dalam keadaan cergas.

Keane, 31, membuat kejutan meninggalkan Spurs untuk menyertai Galaxy dua minggu lalu.

Artikel Sebelum

Wilshere Terpaksa Berehat Panjang

Artikel Berikut

Artikel Lain