suria

Kien Keat-Boon Heong 'Berpisah' Dengan Rexy

Pang Cheh Chang
Pang Cheh Chang
Pang Cheh Chang

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mengambil keputusan untuk berpisah dengan jurulatih mereka, Rexy Mainaky selepas lima tahun bersama.

Pasangan kelima dalam ranking dunia itu ingin menghidupkan semula kerjaya mereka di bawah jurulatih Pang Cheh Chang yang kini melatih beregu wanita.

Kien Keat-Boon Heong berbincang dengan Rexy, Jumaat, sebelum meluahkan hasrat mereka kepada jurulatih dari Indonesia itu di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Pasangan itu dikritik hebat selepas kecundang mudah kepada pasangan beregu dari Korea Selatan, Ko Sung-hyun-Yoo Yeon-seong pada Kejohanan Dunia di Wembley baru-baru ini.

Kekalahan mereka kepada pasangan Korea Selatan itu adalah kelima dalam tempoh lebih dua tahun.

Setahun lalu, pasangan itu mempamerkan aksi agresif untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Dunia di Paris sebelum tewas kepada Cai Yun-Fu Haifeng dari China.

Kien Keat dan Boon Heong bagaimanapun menegaskan, mereka tidak menyalahkan Rexy susulan kegagalan mereka.

Sebaliknya mereka ingin mencuba cara latihan serta persekitaran baru untuk meningkatkan prestasi permainan.

Cheh Chang pernah melatih Boon Heong ketika belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Di bawah bimbingannya, Cheh Chang dan bekas pasangannya, Hoon Thien How muncul sebagai juara dunia junior pada 2005.

Artikel Sebelum

Tahun 2011 banyak kenangan: Zaira

Artikel Berikut

Arsenal Dapatkan Khidmat Arteta

Artikel Lain