suria

Meireles Sertai Chelsea, Bellamy Kembali Ke Liverpool

Raul Meireles
Raul Meireles
Raul Meireles

BERBAKIKAN kurang sejam sebelum tempoh perpindahan pemain tamat, pemain Liverpool, Raul Meireless dari Portugal melengkapkan perpindahannya ke Chelsea selepas mengemukakan permohonan perpindahan secara bertulis ke kelab tersebut.

Meireles mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan Anfield sekali gus mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukannya, Fernando Torres.

Torres beralih ke Stamford Bridge pada Januari lalu.

Chelsea khabarnya gagal mendapatkan khidmat Meireles pada Selasa lalu. Selepas gagal mendapatkan khidmat pemain Tottenham, Luka Modric, The Blues (Chelsea) itu memenuhi permintaan harga Liverpool untuk pemain tersebut.

Satu kenyataan dikeluarkan. Ia menyatakan: "Kelab bola sepak Chelsea gembira mengalu-alukan kedatangan Raul Meireless dari Liverpool dengan kontrak selama empat tahun."

Sementara itu, Liverpool mengumumkan ia berjaya mendapatkan khidmat Craig Bellamy untuk kontrak selama dua tahun.

Bellamy menyertai The Reds (Liverpool) itu daripada Manchester City dengan melibatkan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

"Bellamy akan menyarung jersi bernombor 39," menurut kenyataan ringkas kelab Liverpool.

Artikel Berikut

Arsenal Dapatkan Khidmat Arteta

Artikel Lain