suria

Safiq Diintai Kelab Cardiff City

Safiq (nombor 8) diberi tawaran untuk menjalani latihan bersama kelab Cardiff City.
Safiq (nombor 8) diberi tawaran untuk menjalani latihan bersama kelab Cardiff City.
Safiq (nombor 8) diberi tawaran untuk menjalani latihan bersama kelab Cardiff City.

KAPTEN skuad Harimau Malaya, Safiq Rahim menerima tawaran menjalani latihan bersama kelab Cardiff City sebaik sahaja tamat kempen Piala Malaysia hujung Oktober ini.

Peluang itu hadir selepas pengerusi kelab itu yang juga ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee mengadakan perbincangan dengan Safiq pada Jumaat.

“Saya sangat gembira dan menerima pelawaan ini dengan hati terbuka. Pastinya saya akan menggunakan peluang ini sebaik-baiknya. Ia bukan peluang mudah yang selalu datang, lebih-lebih lagi kepada pemain Malaysia,” katanya.

Safiq ,24, dianggap sebagai pakar sepakan percuma dan turut mempamerkan sepakan terbaik ketika perlawanan menentang Liverpool pada perlawanan persahabatan Jelajah Asia Julai lalu.

Sementara itu, Tien Ghee berkata, pihaknya optimis dalam memberi peluang kepada pemain Malaysia .

“Kami gembira kerana Safiq menerima tawaran untuk menjalani ujian bersama pasukan utama kelab ini dan saya berharap semuanya akan berjalan lancar. Dia seorang pemain muda yang bercita-cita tinggi,” katanya.

Safiq dijangkan akan menjalani ujian pemilihan selama tiga minggu dan jika Cardiff berpuas hati, dia akan ditawarkan kontrak ketika musim perpindahan pemain Januari tahun depan.

Artikel Berikut

Artikel Lain