suria

Skuad Bola Tampar Duduk Sertai Kejohanan Di Iran

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) akan menyertai acara bola tampar duduk pada Kejohanan Sukan Paralimpik Antarabangsa di Esfahan, Iran, dari 6 hingga 13 September ini.

Kejohanan itu juga bakal menjadi medan persiapan untuk skuad bola tampar duduk negara bagi menghadapi temasya Sukan Para Asean di Solo, Indonesia pada Disember ini.

Jurulatih pasukan bola tampar duduk kebangsaan, Mohammad Nasiruddin Mohd Hashim berkata kejohanan yang buat julung kali diadakan itu penting sebagai pendedahan kepada kedua-dua pasukan lelaki mahu pun wanita.

"Seperti yang kita tahu, negara tuan rumah Iran, merupakan kuasa besar dalam acara bola tampar duduk bukan sahaja di rantau ini malah di peringkat antarabangsa. dengan mereka harus digunakan sepenuhnya oleh pemain negara bagi mempersiapkan mereka ke Sukan Para Asean nanti, katanya kepada Bernama, di sini, Khamis.

Dia ditemui selepas majlis penyerahan bendera DBKL oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail kepada ketua kontinjen Malaysia ke Esfahan, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.

Mohammad Nasiruddin berkata kesemua atlet dipilih dan disenarai pendek untuk mewakili Malaysia melalui dua kejohanan iaitu Kejohanan Pertama Bola Tampar Duduk Ambank pada Mei lalu dan Karnival Sukan Paralimpik DBKL pada Julai lepas.

Sebagai persediaan ke Esfahan, skuad bola tampar duduk negara telah memulakan sesi latihan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi bermula sebelum bulan Ramadan lagi.

Menurut Nasiruddin, latihan berlangsung pada setiap hujung minggu selama empat jam bagi satu sesi di samping mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan kelab sekitar Kuala Lumpur.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Eto'o Menjadi Milik Anzhi

Artikel Lain