suria

Kerajaan Terengganu Timbang Insentif Lebih Besar Kepada Atlet

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan meneruskan pemberian insentif bagi memastikan atlet-atlet sukan di negeri itu terus berjaya dan cemerlang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata apa yang penting ialah nama negeri terus melonjak dalam arena sukan tanah air.

"Mungkin kerajaan negeri akan memberi insentif yang lebih besar lagi pada masa akan datang kalau atlet menunjukkan prestasi yang lebih baik," katanya pada majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Kejohanan Sepak Takraw Belia Kebangsaan 2011.

Seramai 18 pemain belia kebangsaan daripada jumlah keseluruhan 34 pemain, menerima insentif masing-masing RM1,000 seorang daripada Rozi.

Yang DiPertua Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali dan Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Ibni Amin Busu turut hadir pada majlis tersebut.

Rozi berkata kerajaan sedar kebanyakan atlet-atlet yang berjaya dan menerima insentif ini bukannya datang daripada keluarga yang berada.

Beliau berkata hasrat kerajaan ialah untuk melihat atlet-atlet Terengganu bukan sahaja berjaya di peringkat negara tetapi juga menguasai peringkat dunia.

Dalam hal ini, Rozi berkata persatuan-persatuan sukan di negeri ini perlu memberikan perhatian lebih serius dalam membimbing atlet masing-masing dan mengurangkan masalah dalam persatuan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Eto'o Menjadi Milik Anzhi

Artikel Lain