suria

Prestasi Bryan Merudum Pada Universiade 2011

SHENZHEN: Penerjun negara, Bryan Nickson Lomas terlepas peluang pingat pada temasya Sukan Universiti Dunia 2011 (Universiade) setelah gagal layak ke saingan akhir acara 10m platform di Shenzhen Natatorium, dekat sini Ahad.

Bryan, yang sudah menempah tiket ke Sukan Olimpik LOndon tahun depan dalam acara 3m papan anjal lelaki, hanya menduduki tempat keenam daripada 12 penerjun dengan catatan 487.30 mata.

Rakan senegaranya Pardika Indoma Pamg yang turut beraksi dalam acara yang sama meduduki tempat tercorot dengan kutipan 387.10 mata.

Pingat emas bagi acara tersebut dimenangi oleh Wu Jin dari China dengan catatan 537 mata manakala pingat perak pula milik Minibaev Victor dari Russia dengan 528 .75 mata.

Pingat gangsa disandang oleh penerjun Mexico Pacheco Rommel dengan catatan 492.05 mata. - BERNAMA

Artikel Lain