suria

Tewas Di Tangan Liverpool, Arsenal Terus Derita

Emmanuel Frimpong meninggalkan padang selepas menerima kad merah ketika menentang Liverpool di Emirates, Sabtu.
Emmanuel Frimpong meninggalkan padang selepas menerima kad merah ketika menentang Liverpool di Emirates, Sabtu.
Emmanuel Frimpong meninggalkan padang selepas menerima kad merah ketika menentang Liverpool di Emirates, Sabtu.

LIVERPOOL meranapkan impian tuan rumah Arsenal untuk mencatatkan kemenangan pertama apabila menang 2-0 menerusi jaringan sendiri Aaron Ramsey dan Luis Suarez di Emirates pada Sabtu.

Di saat kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan, tuah menyebelahi pasukan pelawat pada minit ke-78 apabila Ramsey tertampan bola yang cuba dikeluarkan rakan sepasukan Iqnasi Miquel daripada masuk ke gelanggang sendiri.

Derita Arsenal semakin parah apabila Suarez melengkapkan gol kedua Liverpool yang menyempurnakan hantaran Raul Mereiles sekali gus memberikan kemenangan pertama Liverpool di Arsenal sejak 2000.

Kekalahan di laman sendiri menyaksikan Gunners semakin menderita dengan keputusan terbaru itu bermakna mereka sekadar mengutip satu mata selepas dua perlawanan dan masih cuba mendapatkan gol pertama.

Skuad kendalian Arsene Wenger yang terjejas dengan penghijrahan bekas ketua pasukannya, Cesc Fabregas ke Barcelona serta dilanda pelbagai kekusutan seperti kecederaan dan penggantungan pemain.

Menambah kecelaruan Wenger pada dua perlawanan penting akan datang iaitu menentang Udinese dan Manchester United ialah dia bakal kehilangan dua lagi pemain iaitu Emmanuel Frimpong selepas dilayangkan kad merah dan bek tengah, Laurent Koscielny tercedera buku lali.

Ketiadaan Alex Song dan Gervinho yang mula menjalani penggantungan tiga perlawanan serta kecederaan yang membelenggu Kieran Gibbs dan Johan Djorou, menyebabkan Wenger tidak punyai banyak pilihan dengan menurunkan kesebelasan utama yang serba kekurangan.

Wenger memberi peluang kepada pemain muda seperti bek kanan Carl Jenkinson, Ramsey dan Frimpongn, tetapi yang paling mengejutkan pastinya kemasukan Samir Nasri, yang bakal berpindah ke Manchester City. Meskipun diejek pada awalnya, kesungguhan Nasri membuktikan dia masih komited selagi bergelar pemain Arsenal.

Sementara itu, QPR menggembirakan pemilk barunya, Tan Sri Tony Fernandes apabila melakar kemenangan mengejut 1-0 ke atas Everton hasil jaringan penyerang Tommy Smith pada minit ke-31 di Goodison Park.

Tuah turut mengiringi pasukan kendalian pengurus baru Chelsea, Andre Villas-Boas apabila anak buahnya bangkit dengan kemenangan 2-1 selepas ketinggalan di belakang West Bromwich di Stamford Bridge.

Pintu gol Chelsea berjaya dibolosi West Brom seawal minit keempat menerusi jaringan penyerang Shane Long.

Bagaimanapun pasukan tuan tumah bangkit di babak kedua hasil jaringan Nicolas Anelka dan Florent Malouda.

Artikel Berikut

Artikel Lain