suria

Piala Thomas 2012 Di Wuhan, China

KUALA LUMPUR: Pusingan akhir kejohanan badminton berprestij Piala Thomas dan Piala Uber edisi 2012 akan diadakan di Wuhan, China pada 20-27 Mei tahun depan.

Setiausaha kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng Chin Chai memberitahu Bernama pada Rabu bahawa Malaysia akan menyertai pusingan kelayakan bagi benua Asia di Macau pada 14-19 Februari.

Juara bertahan Piala Thomas dan Piala Uber sekarang ialah China.

Pada edisi tahun lepas, Malaysia gagal memanfaatkan kelebihan yang ada sebagai tuanrumah apabila tewas pada pasukan China 3-0 pada peringkat separuh akhir Piala Thomas.

Kali terakhir Malaysia merangkul Piala Thomas adalah pada edisi 1992 dengan menewaskan Indonesia 3-2 di Stadium Negara.

Piala Thomas ialah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki manakala Piala Uber pula berpasukan wanita, dan kejohanan berlangsung setiap dua tahun.

Artikel Lain