suria

Natasha Eryna Akhiri Universiade Dengan Tangan Kosong

SHENZHEN: Atlet lawan pedang negara, Natasha Eryana Mohd Nasir gagal mara ke perlawanan kedua acara saber individu wanita di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) yang berlangsung di Exhibition Center 9th Hall dekat sini. Natasha Eryana tumpas mudah 1-5 kepada pemain Korea Selatan, Lee Ra Jin, 0-5 kepada Aoki Chika (Jepun), 0-5 kepada Xia Min (China), 1-5 kepada Ho Slu In Jenny (Hong Kong), 1-5 kepada Ostojska Matylda (Poland) dan 1-5 kepada Aptsiauri Tatla (Georgia).

Atlet yang berasal dari Negeri Sembilan itu berkata beliau telah melakukan persembahan yang terbaik namun gagal mengatasi saingan yang ternyata lebih hebat.

"Saya pernah beraksi dengan kebanyakan atlet lawan pedang yang beraksi hari ini namun kecekapan mereka berbeza daripada dahulu dan ternyata bahawa keupayaan sudah makin menurun," katanya kepada Bernama Isnin.

Natasha Eryna, 24, berkata kurang persiapan dan lama tidak beraksi mungkin menjadi penyebab utama beliau gagal beraksi baik.

Beliau bercadang untuk memasuki dunia penyiaran selepas bersara dari sukan lawan pedang namun bersedia untuk membantu atlet baru yang memerlukan nasihat daripadanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain