suria

Khoo Cai Lin Tekad Tebus Kekecewaan Di Shenzen

SHENZHEN: Perenang wanita negara Khoo Cai Lin bertekad menebus kekecewaan pada penyertaan sulungnya di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade 2011) di sini setelah gagal mencipta sebarang kejayaan pada kejohanan Piala Dunia di Shanghai, China, Julai lepas.

Khoo, 22, yang akan menyertai acara 200m, 400m dan 800m gaya bebas kategori wanita pada Universiade 2011 yang akan membuka tirainya esok, adalah antara sandaran negara untuk mengutip pingat di kejohanan itu.

Bagi Khoo, acara 400m gaya bebas wanita adalah acara kegemarannya dan beliau berharap mampu memperoleh pingat menerusi acara berkenaan.

"Kalau boleh saya ingin memperbaiki rekod peribadi terbaik untuk dua lagi acara iaitu 200m dan 800m gaya bebas kategori wanita," katanya kepada Bernama.

Khoo berkata beliau dan rakan sepasukan telah bersedia untuk menggalas cabaran negara dalam acara renang yang akan berlangsung di Natatorium Of Universiade Center, bermula Ahad ini.

"Sebagai harapan negara saya akan melakukan persembahan terbaik bagi memastikan sebutir pingat mampu dipungut menerusi acara renang," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain