suria

Nicol Menang Pusingan Pertama Terbuka Australia

CANBERRA: Pemain nombor satu dunia dan ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol Ann David mempamerkan kehebatannya pada Terbuka Australia di sini Selasa dengan mengalahkan Samantha Davies dari Brisbane 11-3, 11-6, 11-2 pada pusingan pertama kejohanan itu.

Bagaimanapun, dua lagi pemain Malaysia Siti Munirah Jusoh dan Asyraf Azan mengalami kekalahan.

Siti Munirah kalah kepada pemain Ireland Madeline Perry 11-5, 11-2, 11-3, manakala Asyraf tersingkir di tangan pemain Scotland Alan Clyne 11-5, 11-9, 11-4.

Pemain nombor dua dunia, Jenny Duncalf dari England juga mempamerkan permainan cemerlang hari ini dengan mengalahkan Vanessa Pickerd dari Melbourne 11-5, 11-3, 11-3.

Nicol, yang pertama kali beraksi pada Terbuka Australia, pernah menjuarai Terbuka Junior Australia pada 1999.

Pemain yang mengalami kekalahan pada Terbuka Singapura minggu lepas ini berkata beliau telah melupakan peristiwa itu.

"Semua itu telah berlalu dan saya perlu mara ke hadapan. Kini saya berasa segar serta bersedia untuk menghadapi Terbuka Australia dan berasa teruja apabila berada di sini," katanya kepada pemberita.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain