suria

Choon Han Pula Layak Ke Pusingan Kedua

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara, Wong Choong Hann melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley, London, hari ini selepas menumpaskan Hsieh Yu Hsing dari Taiwan 21-7 21-9.

Choong Hann akan berdepan dengan jaguh Thailand, Boonsak Ponsana pada pusingan kedua seok.

Boonsak memulakan saingan dengan mengatasi pemain Belanda, Eris Pang, 12-21, 21-17, 21-10.

Bagaimanapun beregu kedua negara, Mohd Zakry Abdul Latif dan Hoon Thien How gagal meneruskan saingan ke pusingan ketiga apabila kalah kepada beregu Taiwan, Fang Chieh Min dan Lee Sheng Mu 24-26, 19-21.

Artikel Lain

Calon SPM MRSM Lipis dikuarantin