suria

Nani Ranapkan Impian City

Nani menjaringkan gol kemenangan perlawanan ketika menentang Manchester City untuk menjulang trofi Perisai Komuniti di Stadium Wembley, Ahad.

NANI dijulang sebagai wira pasukan Manchester United apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan sekali gus membawa pasukannya menjulang trofi Perisai Komuniti selepas menewaskan Manchester City 3-2 di Stadium Wembley, Ahad.

Biarpun pada babak pertama, City berjaya meninggalkan United 2-0 menerusi Joleon Lescott (m-38) dan Edin Dzeko (45), tetapi juara Liga Perdana (EPL) musim lalu itu tidak cepat melatah, malah terus bangkit pada babak kedua perlawanan.

Chris Smalling menjaringkan gol pertama United pada minit ke-52 sebelum Nani menyamakan kedudukan enam minit kemudian untuk kembali merancakkan saingan.

Terikat dengan kedudukan seri, kedua pasukan bekerja keras mencari gol kemenangan, dan ternyata tuah memihak kepada United apabila pada masa tambahan, Nani meranapkan impian City dengan menjaringkan gol ketiga perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain