suria

Kelantan Dalam Laluan Selesa Pertahankan Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Kelantan mendapat laluan mudah dalam kempen Piala Malaysia 2011 apabila diundi bersama Johor FC, Kuala Lumpur, Felda United dan Sarawak dalam Kumpulan C.

Jurulatih Kelantan Datuk M. Karathu berkata berdasarkan undian membabitkan 11 pasukan Liga Super dan lima pasikan Liga Perdana, pasukannya mampu untuk melangkah jauh dan mempertahankan kejuaraan tahun ini.

Walaupun turun dengan status juara bertahan, katanya, Kelantan tidak akan memandang rendah keupayaan pasukan lawan dalam kumpulan.

"Peluang terbuka luas untuk mengekalkan kejuaraan namum tetap menghormati pasukan lawan," kata kepada pemberita selepas majlis undian oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini Jumaat.

Karathu berkata Kelantan juga telah membuat keputusan tidak akan mengambil pemain dari pasukan lain bagi menghadapi saingan Piala Malaysia.

"Sebagai persediaan menghadapi saingan Piala Malaysia, Kelantan akan mengadakan tiga siri perlawanan persahabatan di Lembah Kelang," katanya.

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

Sementara itu, Negeri Sembilan dilihat menghadapi laluan sukar apabila diletakkan dalam kumpulan B bersama juara Piala FA 2011, Terengganu, juara Liga Perdana, Selangor PKNS FC dan Kuala Lumpur Sime Darby FC (Sime Darby).

Undian itu i juga menyaksikan Kedah diundi dalam kumpulan A bersama Perak, Sabah dan Johor manakala Selangor,T-Team, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diundi dalam kumpulan D.

Saingan Piala Malaysia 2011 akan bermula pada 6 September depan dan perlawanan akhir dijangka akan berlangsung pada 26 Oktober.

Kumpulan A: Kedah, Perak, Sabah, Johor

Kumpulan B: Terengganu, Negri Sembilan, PKNS Selangor, KL Sime Darby

Kumpulan C: Kelantan, Johor FC, Felda United, Sarawak

Kumpulan D: Selangor, Kuala Lumpur, T-Team Terengganu, Polis - BERNAMA

Artikel Lain