suria

FAM Sedia Kaji Lantik Pengarah Taktikal

MUADZAM SHAH: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM bersedia mengkaji untuk melantik pengarah atau penasihat bagi membantu jurulatih skuad negara Datuk K.Rajagobal dalam aspek taktikal.

Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata perkara berkenaan akan diteliti secara teliti pada mesyuarat FAM nanti.

"Semua pihak boleh mengeluarkan pendapat mereka, saya sendiri pun ada pendapat saya juga. Satu post mortem akan dibuat. Saya harap K.Rajagobal mempunyai segala perancangan-perancangan yang boleh meningkatkan semua prestasi pasukan kita," katanya kepada pemberita selepas majlis pengurniaan zakat dan sumbangan di Masjid Al-Muadzam Shah, di sini.

Tengku Abdullah berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik beberapa tokoh akademik tempatan yang mahu FAM melantik pakar taktikal untuk memantapkan skuad bola sepak negara.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa semalam turut menyokong cadangan itu.

Tengku Abdullah berkata perkara berkenaan akan diteliti secara mendalam pada mesyuarat FAM nanti. - BERNAMA

Artikel Lain