Universiade 2011: Skuad Badminton Ke Sasar Separuh Akhir - Sukan | mStar

Universiade 2011: Skuad Badminton Ke Sasar Separuh Akhir

KUALA LUMPUR: Walaupun tidak meletakkan sebarang sasaran pingat, skuad badminton mahasiswa negara berazam untuk mara ke peringkat separuh akhir pada saingan di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) yang akan berlangsung di Shenzhen, China pada 12-24 Ogos nanti.

Pengurus pasukan skuad badminton, Ismail Abdul Jalil berkata kekurangan atlet mahasiswa menyebabkan mereka mengalami masalah kekurangan atlet berpengalaman untuk dijadikan sebagai sandaran pingat.

"Walaupun tidak meletakan sebarang sandaran pingat, saya yakin bahawa salah seorang daripada lima atlet kita mampu mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir di Shenzhen nanti," katanya, Rabu.

Ismail berkata lima atlet badminton yang akan mengalas cabaran negara ialah Zulfadli Zulkifli, Loh Wei Sheng, Tan Wee Kiong, Julia Wong Pei Xian dan Stephanie Shalini.

Beliau berkata temasya itu penting kepada semua atlet terutamanya atlet baru kerana bakal mendapat pengalaman yang cukup berguna memandangkan bahawa bukan calang-calang atlet yang akan mengambil bahagian di temasya dwi-tahunan tersebut.

"Kita harap atlet mahasiswa negara menggunakan sebaiknya peluang ini dan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar mampu melakukan sesuatu untuk mengharumkan negara," katanya.

Ismail berkata peluang yang terbuka pada temasya tersebut sesuai dijadikan sebagai 'batu loncatan' untuk atlet baru jika mereka ingin mara ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Beliau berharap semua atlet badminton dan sukan lain tidak akan menghadapi banyak masalah dalam menyesuaikan diri dengan keadaan disana nanti.

Ismail berkata skuad badminton akan bertolak awal ke Shenzhen iaitu pada 13 Ogos ini bagi menjalani latihan penyesuaian selama tiga hari sebelum beraksi pada 16 Ogos.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Zamri Tekad Lakukan Yang Terbaik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain