Penyokong Juga Perlu Profesional - Ahmad Shabery - Sukan | mStar

Penyokong Juga Perlu Profesional - Ahmad Shabery

PUTRAJAYA: Masanya sudah untuk penyokong bola sepak tempatan bersikap profesional sejajar peningkatan kualiti bola sepak negara, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata penyokong sentiasa berharap pemain bermain secara profesional ketika di padang, namun segelintir mereka juga tidak mampu berbuat demikian (bersikap profesional) apabila menonton di bangku stadium.

Ahmad Shabery berkata penonton di stadium perlu berkelakuan baik, termasuk menghormati lagu kebangsaan negara lain.

"Penyokong harus sedar, jika ada yang berkelakuan kasar, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) yang akan didenda, dan kemenangan pasukan negara boleh ditarik balik," katanya selepas menghadiri sidang akhbar berhubung Laporan Pencapaian Piala Monsun 2010 pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian seorang penyokong bola sepak tempatan, Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29, yang buta mata kanan akibat terkena serpihan mercun dilempar penonton pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Malaysia menentang Singapura di Bukit Jalil, Khamis lalu.

Ahmad Shabery berkata pihak pengurusan stadium juga perlu meningkatkan kawalan keselamatan ketika sesuatu perlawanan berlangsung.

"Pihak keselamatan, bukan saja perlu berkawal di sekeliling padang, tapi juga di seluruh kawasan stadium supaya jika berlaku apa-apa, mereka boleh mengambil tindakan segera dan memberi pengajaran pada penonton yang lain," katanya.

Selain itu, beliau berkata FAM perlu menimbang cadangan melantik pakar taktikal bagi membantu jurulatih Datuk K.Rajagopal.

"FAM harus menerima pandangan tersebut secara terbuka demi kepentingan pasukan bola sepak negara," katanya mengulas laporan sebuah akhbar yang mengemukakan cadangan itu berdasarkan temubual dengan beberapa ahli akademik tempatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain