suria

Malaysia Gagal Mara ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014

KUALA LUMPUR: Harapan pasukan Harimau Malaya untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 musnah apabila tewas secara agregat 6-4 kepada Singapura pada pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis.

Malaysia tewas pada perlawanan pertama 3-5 di Singapura minggu lalu, dan sekadar seri satu sama pada saingan timbal balik yang menyaksikan 90 ribu penonton memenuhi setiap ruang di stadium ini.

Penyerang sensasi negara, Mohd Safee Sali memberi harapan kepada seluruh peminat tanah air apabila menjaringkan gol pertama permainan pada minit ke-57.

Namun impian untuk mengatasi pasukan Singa itu semakin tipis selepas Shi Jiayi menyamakan kedudukan pada minit ke-72 sekali gus menyukarkan kedudukan skuad negara.

Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang telah bekerja keras menyelamatkan gawang daripada terus dibolosi hasil serangan skuad kendalian jurulatih dari Serbia, Avramovic Radojko.

Sehingga tamat permainan kedua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1

Sementara itu, Rajagobal berkata, pasukan negara sebenarnya boleh menang pada permainan ini kerana terdapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol, namun gagal disempurnakan oleh pemainnya.

“Walaupun kalah saya tetap berbangga dengan prestasi semua pemain malam ini. Khairul Fahmi telah beraksi cemerlang dengan menyelamatkan banyak percubaan bahaya oleh pemain-pemain Singapura,” katanya kepada media selepas perlawanan.

Artikel Berikut

Artikel Lain