Tiga Persatuan Hutang MOM RM93,000 – Sieh Kok Chi - Sukan | mStar

Tiga Persatuan Hutang MOM RM93,000 – Sieh Kok Chi

KUALA LUMPUR: Atlet daripada tiga persatuan sukan berhadapan dengan kemungkinan 'terlepas' peluang menyertai temasya Sukan Sea ke-26 di Indonesia sekiranya persatuan sukan terlibat gagal melunaskan hutang berjumlah RM93,000 kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Tiga persatuan sukan yang masih mempunyai tunggakan perbelanjaan untuk Sukan SEA ke-25 di Laos pada 2009 ialah Persatuan Bola Tampar Malaysia sebanyak RM51,000, Persekutuan Petanque Malaysia (RM38,00) dan Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) pula berjumlah RM4,000.

"MOM tidak akan membenarkan atlet yang bernaung di bawah persatuan tersebut bertanding di Indonesia sekiranya tunggakan itu masih belum dijelaskan," kata Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Pada temasya Sukan SEA Laos, pasukan bola tampar (pantai) memenangi satu pingat gangsa, petanque meraih dua pingat perak dan satu gangsa manakala pencak silat meraih empat pingat emas dan enam pingat perak.

Sieh berkata mesyuarat jawatankuasa eksekutif MOM bersetuju untuk meletakkan atlet-atlet sukan ekstrem yang akan beraksi di temasya Sukan SEA Indonesia di bawah kategori B.

Atlet kategori A ialah mereka yang melepasi syarat penyertaan secara merit manakala kategori B pula ialah atlet yang tidak melepasi syarat tersebut dan persatuan akan menanggung perbelanjaan mereka ke temasya itu.

Bagaimanapun, jika atlet kategori B berjaya mendapatkan pingat, sekurang-kurangnya perak, MOM akan membayar kembali sebahagian daripada perbelanjaan tersebut.

Pada Sukan SEA ke-26, Indonesia menawarkan sukan ekstrem seperti luncur angin, kasut roda, sukan memanjat, ski-air, kempo, perlumbaan bot tradisional dan vovinam (seni mempertahankan diri dari Vietnam).

Sukan SEA ke-26 akan berlangsung di Jakarta dan Palembang dari 11 hingga 25 November ini. – BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain