suria

Skuad Lelaki Kebangsaan Mara Ke Final Kejohanan Piala Dunia ISTAF

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw lelaki kebangsaan mara ke perlawanan akhir setelah menumpaskan Singapura 3-0 pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2001 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa Ahad.

Pada perlawanan itu, Malaysia mengenepikan saingan Singapura dengan kiraan mata 15-7, 15-13 dan 15-4.

Malaysia dijangka menentang musuh tradisi, Thailand pada perlawanan pusingan akhir yang akan berlangsung petang ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain