suria

Sepak Takraw (Piala Dunia Istaf 2011): Skuad Wanita China Sekat Peluang Indonesia Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR: Skuad wanita China menyekat peluang Indonesia untuk mara ke pusingan suku akhir apabila mencatat kemenangan 3-0 pada perlawanan saringan kedua Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 di Stadium Titiwangsa, Jumaat.

Skuad China yang dibarisi Cui Yonghui, Zhang Yanan dan Gu Xihui memenangi set pertama dengan 15-4 manakala kehebatan pertahanan pasukan itu terbukti apabila membolot kejayaan pada set kedua dengan 15-9, sebelum menamatkan perlawanan dengan mata 15-6.

Indonesia diwakili Cahya Permata Fahrani, Roslin Dida dan Dini Mita Sari.

Sementara itu, lapan pasukan lain bagi kategori wanita yang melangkah ke suku akhir ialah Malaysia dan China (kumpulan A), Myanmar dan Korea Selatan(kumpulan B), Indonesia dan Vietnam (kumpulan C) serta Thailand dan Kemboja (kumpulan D).

Pada perlawanan suku akhir Sabtu, Malaysia akan bertemu naib juara kumpulan D iaitu Kemboja. – BERNAMA

Artikel Lain