suria

PSM Azam Bawa Sepak Takraw Ke Persada Dunia

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berazam membawa sukan sepak takraw ke persada dunia dan tidak sekadar menjadi "sukan kampung".

Presidennya Datuk Ahmad Ismail berkata dalam usaha mencapai impian itu, sukan tradisi itu perlu mempunyai identiti sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi.

"PSM berusaha membentuk identiti baru sukan sepak takraw dengan memperkenalkan jersi dan gelanggang untuk sukan ini," katanya kepada pemberita pada pelancaran Kejohanan Sepak Takraw Dunia Istaf 2011 di sini Khamis.

Beliau berkata usaha sama semua pihak dan kerjasama bersama Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) berjaya membawa sukan sepak takraw dipertandingkan buat pertama kalinya pada temasya Sukan Pantai Dunia Pertama di Hungry pada 2014.

"Kejayaan itu menjadi penanda aras baru bahawa sukan sepak takraw mula diterima di peringkat dunia," katanya.

Ahmad berkata ISTAF dan PSM juga berusaha untuk membawa sukan sepak takraw ke peringkat Komanwel. - BERNAMA

Artikel Lain