suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sime Darby Bawa Bekalan Selesa Ke Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Pasukan Sime Darby membawa bekalan selesa untuk merebut tempat ke Piala Malaysia apabila berjaya membelasah Pahang 4-0 pada perlawanan Play Off Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam Selasa.

Perlawanan pada babak pertama berlangsung secara seimbang apabila kedua-dua pasukan melakukan beberapa cubaan bagi mencari gol pertama.

Pahang terlebih dahulu membuat cubaan menerusi sepakan kencang S.Rasiah namun diselamatkan oleh penjaga gol Sime Darby, Mohd Redzuan Harun pada minit keenam.

Pemain Sime Darby, Mohd Badrul Hisyam Moris kemudiannya melakukan cubaan pada minit ke-12 namun ia gagal menembusi gawang gol Pahang yang dikawal rapi oleh Wan Mohd Azraie Wan Teh.

Sime Darby memperoleh gol pertama pada minit pertama babak kedua perlawanan hasil jaringan Mohd Faizal Esahar.

Ketua pasukan Sime Darby Mohd Nor Ismail kemudianya menjaringkan gol pada minit ke-62, dikuti Yusri Abas pada minit ke-80 dan gol penyudah oleh Mohd Badrul (minit ke-91).

Perlawanan timbang balik perlawanan Play Off Piala Malaysia antara Pahang dan Sime Darby akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 22 Julai ini. -BERNAMA

Artikel Lain