Pemain Skuasy Kedah Hadapi Masalah Jurulatih Dan Kewangan - Sukan | mStar

Pemain Skuasy Kedah Hadapi Masalah Jurulatih Dan Kewangan

ALOR SETAR: Pemain skuasy negeri Kedah kini menghadapi masalah jurulatih berkaliber dan juga sumber kewangan yang kukuh bagi meningkatkan mutu sukan itu di negeri ini.

Presiden Persatuan Skuasy Negeri Kedah, Andrew Lim ketika dihubungi Bernama mengakui persatuan itu tidak mempunyai jurulatih luar negara yang berpengalaman luas sebaliknya hanya bergantung kepada jurulatih tempatan.

"Kita ada tujuh pemain yang akan mewakili negara pada kejohanan terbuka Hong Kong yang berlangsung Ogos ini dan ini menunjukkan kita amat memerlukan jurulatih yang berkaliber untuk membantu dan melatih mereka dengan teknik yang baik dan berkesan," katanya.

Andrew berharap MSN Kedah dan Majlis Sukan Negara serta kerajaan negeri membantu persatuan itu dengan mendapatkan jurulatih terbaik dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai jaguh skuasy dari negeri ini.

Sementara itu, Abdul Harif Abdul Aziz, 50, yang mewakili ibu bapa pemain skuasy mendakwa beliau amat bimbang dengan prestasi mereka yang berada pada kedudukan lapan terbaik kebangsaan (bawah 9 tahun hingga peringkat bawah 19 tahun) yang semakin merosot berikutan tiada jurulatih berkaliber untuk membimbing mereka. Beliau mendakwa jurulatih yang ada sekarang hanya menumpukan perhatian kepada pencarian pemain berbakat baru dalam sukan itu dan tidak mampu untuk menguruskan semua pemain senior yang lain sehingga mereka diabaikan.

"Kita sebelum ini memang ada jurulatih sepenuh masa, Mubashir Gul dari Pakistan yang dipindahkan ke Majlis Sukan Negara (MSN) ekoran MSN tidak mempunyai peruntukan jurulatih luar dan kini pemain senior bertindak sebagai pembantu jurulatih untuk melatih pemain yang ada.

"Apa yang menyedihkan pemain senior tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi tumpuan kepada latihan mereka dan ada juga di antara pemain kebangsaan terpaksa berlatih sesama sendiri sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan Terbuka Hong Kong Ogos ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Abdul Harif berkata, masalah kewangan yang dihadapi Persatuan Skuasy negeri juga menyebabkan tiga gelanggang skuasy di Sungai Petani, Kulim dan Langkawi ditutup kerana ketiadaan jurulatih.

"Sekarang kita hanya mempunyai satu gelanggang sahaja iaitu di Kompleks Hijau Kuning, Alor Setar dan ibu bapa mengambil inisiatif menyediakan sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan persatuan terbabit," katanya.

Anis Haniza Ahmad, 39, pula berkata pemain skuasy negeri ini berpotensi untuk memajukan sukan itu dan bakal menjadi pelapis negara bagi menggantikan Datuk Nicol David.

Anis mempunyai empat anak yang menjadi pemain skuasy dan tiga daripadanya berada pada kedudukan teratas kebangsaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain