suria

Pemain Blackpool, Adam Berpindah Ke Liverpool

LIVERPOOL berjaya mendapatkan khidmat pemain Blackpool, Charlie Adam.

Adam, 25, pernah berhasrat berpindah ke Anfield pada Januari lalu tetapi Blackpool mahukan pemain itu kekal di Bloomfield Road sehingga penghujung musim lalu.

Bagaimanapun, Adam tahu dia akan dibenarkan berpindah ke Liverpool pada musim panas ini dan pemain tengah itu gembira hasratnya tercapai.

Difahamkan yuran perpindahan adalah sekitar £7 juta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain