suria

John O'Shea Ikut Jejak Wes Brown Berpindah Ke Sunderland

JOHN O'SHEA, 30, yang membuat penampilan sulung untuk Manchester United pada 1999 dan membantu kelab itu meraih lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris selain Piala FA Cup, Liga Juara-Juara Eropah dan tiga Piala Liga kini bersedia meneruskan cabaran baru di Stadium of Light.

"Apabila saya membaca laporan tentang kelab dan para penyokongnya, cita-cita mereka serta kredibiliti pengurusnya, saya tahu saya ingin datang ke sini," kata O'Shea.

Steve Bruce dalam laman web Sunderland memberitahu, John berada dalam skuad Manchester United selama lebih sedekad dan ini membuktikan keupayaan pemain tersebut.

Yuran perpindahan O'Shea tidak diketahui. Dia mengikut jejak langkah Wes Brown selepas berpindah dari Old Trafford.

Sir Alex Ferguson memberikan penghormatan kepada O'Shea atas sumbangannya kepada kelab.

Beliau juga gembira O'Shea berpeluang bermain sebagai salah seorang pemain kesebelasan utama untuk kelab baru itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain