suria

Selangor Perlu Lahir Semula Pemain Handalan Bola Sepak Negara

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu Selangor melahirkan semula pemain-pemain handalan bola sepak negara.

Beliau berkata satu ketika dahulu ramai pemain menggilap bakat di Selangor sebelum mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa seperti Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Abdul Ghani Minhat.

"Saya yakin Selangor mampu melahirkan lebih ramai pemain bola sepak yang handal.

Allahyarham Mokhtar Dahari sendiri bermula dengan pasukan bola sepak Selangor PKNS sebelum menyinar sehingga ke peringkat tertinggi," katanya ketika menerima kunjungan pasukan Selangor PKNS selaku Juara Liga Perdana 2011, di sini, Isnin.

Skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu dinobatkan sebagai juara setelah memenangi 18 daripada 22 perlawanan setakat ini.

Dengan itu Selangor PKNS bakal beraksi dalam Liga Super tahun depan.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain