suria

"Saya mungkin menjadi pemain City jika Jose tinggalkan Real Madrid" - Ronaldo

CRISTIANO Ronaldo memberi jaminan akan terus kekal di Real Madrid tetapi tidak menolak kemungkinan menyertai Manchester City.

Ronaldo, 26, bagaimanapun mendedahkan, dia hanya akan meninggalkan Real Madrid sekiranya jurulatihnya, Jose Mourinho meletakkan jawatan pada akhir musim lalu.

Sejak menyertai Real dua tahun lalu, Ronaldo menjaringkan 86 gol dalam 89 perlawanan.

Dia juga berjaya memperolehi anugerah Pichichi untuk penjaring gol terbanyak pada musim lalu dengan 40 gol La Liga.

"Saya percaya sekiranya saya meninggalkan Sepanyol, saya akan bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL), tetapi bukan pada masa sekarang," katanya kepada media.

"Pertamanya, kami kena menang Liga Juara-Juara Eropah terlebih dahulu. Jika saya kembali ke EPL, saya ingin bermain dengan kelab di barat laut. Saya tidak suka London.

"Tawaran £20 juta setahun amat menarik. Saya berbincang dengan ejen saya dan saya berasa adalah lebih baik kekal di Madrid kerana kami akan menjadi pasukan terbaik pada musim ini.

"Jose Mourinho akan kekal di Madrid, jadi saya akan kekal di sini. Sekiranya dia pergi ke Chelsea, saya akan tinggalkan Real. Saya mungkin akan ke Manchester City," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain