AMSTERDAM: Bekas bintang Belanda dan Arsenal, Dennis Bergkamp telah dilantik sebagai penolong pengurus Ajax yang baru.Sebelum ini Bergkamp adalah jurulatih skuad remaja Ajax. Bergkamp, 42, memulakan tugasnya sebagai penolong pengurus Selasa lalu walaupun urusan menandatangani kontrak barunya itu belum selesai.Sepanjang kariernya, Bergkamp bermain selama enam musim bersama Ajax.