Spurs Mungkin Umpan Modric Kenaikkan Gaji Dua Kali Ganda - Sukan | mStar

Spurs Mungkin Umpan Modric Kenaikkan Gaji Dua Kali Ganda

LUKA MODRIC dijangka mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy esok (Rabu) bagi membincangkan masa depannya bersama kelab London itu.

Pemain tengah Croatia itu yang juga pemain terbaik Tottenham musim lalu dilaporkan bakal bertemu Levy bersama agennya.

Modric mahukan pentas permainan yang lebih mencabar seperti kejohanan Juara-Juara Eropah tetapi malangnya Tottenham hanya layak bermain dalam kejohanan Liga Eropah sahaja musim depan.

Ini dikhuatiri akan digunakannya untuk mendesak Tottenham agar menjualnya kepada kelab-kelab lebih besar yang akan bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Chelsea adalah kelab pertama yang membuat tawaran konkrit ke atas Modric pada harga £22 juta tetapi ditolak oleh Levy, pengurus Tottenham Harry Redknapp malah oleh agen Modric sendiri kerana menganggap jumlah tersebut terlalu kecil berbanding reputasi Modric.

Chelsea mungkin akan membuat bidaan kedua tidak lama lagi memandangkan Manchester United juga sedang mengintai peluang mendapatkan tandatangan Modric sebagai penganti Paul Scholes yang kini dilantik sebagai jurulatih pasukan.

Sir Alex Ferguson menyifatkan Modric sebagai pemain terbaik Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Tetapi pada masa yang sama, ramai pengulas sukan berpendapat, Levy juga bersedia menawarkan Modric (yang kini memperolehi pendapatan £45,000 seminggu) kenaikkan gaji sehingga £75,000 seminggu iaitu yang tertinggi di kalangan pemain-pemain mereka.

Walau bagaimanapun, Modric masih terikat dengan kontrak untuk bermain bersama Tottenham sehingga 2016.

Artikel Sebelum

Real Madrid Dapat Khidmat Varane

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia