suria

Pelari Kenya Yakin Pertahan Kejuaraan Marathon KL

KUALA LUMPUR: Selepas memenangi Maraton Hong Kong Marathon pada Februari lalu, pelari Kenya, Nelson Kirwa Rotich kini bersedia pula untuk memenangi acara Maraton KL Standard Chartered di Dataran Merdeka di sini pada Ahad.

Namun pelumba berumur 30 tahun ini mengaku perlumbaan dijangka lebih mencabar daripada di Hong Kong ekoran cuaca yang panas dan lembap di sini.

"Ini yang menjadikan Maraton KL unik daripada maraton-maraton lain. Cuaca yang panas dan lembap mencabar ketahanan pelumba," katanya dalam sidang media di sini, Sabtu.

Nelson yang merupakan penyandang juara kategori penuh akan berluma bersama 22,000 peserta yang lain termasuk seorang lagi pelumba buta dari Kenya, Henry Wanyoike yang akan dipandu oleh Joseph Kibunja.

Antara peserta Malaysia yang akan mengambil bahagian ialah Shaharudin Hashim dan pemenang pingat emas Sukan Malaysia, J. Karthik. Perlumbaan bermula seawal 5 pagi yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$100,000.

Ia dibahagikan kepada lima kategori iaitu maraton penuh sejauh 42.2 kilometer (km), separuh maraton (21.2 km), 10 km, larian ria (5 km) dan larian kanak-kanak (3km-950m). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain