suria

McLeish Harap Dapat Tawan Penyokong Villa

McLeish mempamerkan jersi Aston Villa selepas disahkan sebagai pengurus baru kelab itu.
McLeish mempamerkan jersi Aston Villa selepas disahkan sebagai pengurus baru kelab itu.
McLeish mempamerkan jersi Aston Villa selepas disahkan sebagai pengurus baru kelab itu.

PENGURUS baru Aston Villa, Alex McLeish berharap penyokong kelab itu memberi ruang kepadanya untuk mengendalikan pasukan sekali gus membuktikan bahawa dia adalah pengurus yang betul selepas meninggalkan Birmingham City.

McLeish sebelum ini dikritik oleh penyokong-penyokong kedua pihak selepas dia menggantikan Gerard Houllier di Villa Park, namun bekas pengurus Rangers ini percaya dia mampu menjalankan tugasnya itu dan memahami keinginan semua penyokong.

“Biar saya tunjukan kemampuan diri saya dahulu dan memenangi hati semua penyokong. Saya ingin bergandingan dengan mereka dan membuktikan saya adalah orang yang sesuai memegang jawatan ini. Adakah saya bimbang keadaan itu? Tidak. Adakah saya pernah mengalami keadaan ini? Ya. Saya sememangnya bersedia menghadapi cabaran ini,” katanya.

Pengurus yang berumur 52 tahun mengambil keputusan berat dengan meninggalkan Birmingham dan turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong Blues sepanjang berada di St Andrew.

“Satu penghargaan kepada saya mengemudi kedua-dua kelab ini (Birmingham dan Villa). Saya tidak cakap ia keputusan sukar sepanjang karier saya, tetapi ia lebih kepada cabaran. Bukan setiap hari kamu menerima tawaran seperti ini. Tiada jalan untuk saya untuk menjadi pengurus Villa.

“Saya menghargai sokongan yang diberikan sepanjang empat tahun berada di sana. Tiada siapa yang percayakan saya ketika di Birmingham dan memang betul saya meninggalkan kelab dalam zon penyinggiran. Tetapi kita tahu ia adalah saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang paling sukar,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain