Pasukan Majlis Raja-Raja Juara Pertandingan Golf - Sukan | mStar

Pasukan Majlis Raja-Raja Juara Pertandingan Golf

KUALA LUMPUR: Pasukan Majlis Raja-Raja muncul juara pada Pertandingan Golf Piala Majlis Raja-Raja Edisi ke-10 di Kuala Lumpur Golf & Country Club di sini, Sabtu.

Pasukan Majlis Raja-Raja mendahului dengan kelebihan enam mata dengan mengutip 1,039 mata berbanding pasukan Perdana Menteri yang mengutip 1,033 mata.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyertai pertandingan dua tahun sekali itu dengan mewakili pasukan Majlis Raja-Raja.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob turut menyertai pasukan tersebut.

Sementara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai pasukan Perdana Menteri, yang disertai oleh beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pertandingan Golf Piala Majlis Raja-Raja yang diperkenalkan pada tahun 1992, bertujuan merapatkan hubungan dan silaturahim di antara institusi Raja-Raja dengan anggota kerajaan dan korporat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rekod Tanpa Kalah PKNS Lebur

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain