suria

Tenis Wimbledon: Clijsters Tarik Diri Selepas Kaki Tercedera

JUARA Terbuka Amerika Syarikat dan Australia, Kim Clijsters terpaksa melupakan hasratnya untuk menjuarai Terbuka Den Bosch selepas mengalami kecederaan pada kakinya, Selasa.

"Saya sangat, sangat kecewa kerana tarik diri dari Wimbledon selepas kaki tercedera dalam kejohanan di Hertogenbosch," kata Clijsters yang merupakan pemain pilihan kedua untuk kejohanan itu.

"Buat masa ini saya berasa hampa kerana ia berlaku dalam salah satu kejohanan yang saya sukai.

"Dari dulu hingga sekarang, saya suka beraksi di Wimbledon tetapi kini tidak membuat pilihan selain berehat untuk beberapa minggu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain