suria

Pemain Spurs, Nolan Bakal Sertai West Ham

KAPTEN pasukan Newcastle, Kevin Nolan nampaknya hampir berpindah ke West Ham selepas dilaporkan dia menjalani ujian perubatan di kelab London tersebut.

Penjaring terbanyak kelab Magpies tersebut dari musim lalu mengembara ke selatan untuk menjalani ujian itu selepas menolak tawaran kontrak kelab di St James' Park itu.

West Ham dikatakan menawarkan kira-kira £1.5 juta untuk pemain tengah itu yang akan mendapat bimbingan daripada bekas jurulatihnya ketika bermain dengan kelab Bolton, Sam Allardyce di Upton Park sekiranya urusan itu selesai.

Pemain tengah Newcastle, Joey Barton menulis di Twitter: "Pemain hebat, pemimpin, kapten, pelatih dan lebih penting lagi ialah kawan sepanjang hayat. Kecewa dia dijual!"

Nolan merupakan pemain utama yang membantu mengelakkan Newcastle diturunkan dari Liga Perdana ke divisyen kedua pada penghujung musim 2008-2009.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain