suria

Kapten Newcastle Pindah Ke West Ham Dengan Gaji Lebih Lumayan

KAPTEN Newcastle United, Kevin Nolan sanggup bermain di luar liga perdana iaitu dengan West Ham musim depan dengan menandatangani perjanjian empat tahun yang membolehkannya menerima gaji jauh lebih tinggi daripada apa yang diperolehinya sekarang.

Nolan telahpun menunjukkan rasa kecewanya minggu lalu apabila dia enggan menyambung kontraknya bersama Newcastle yang dikatakan hanya membuat tawaran gaji berdasarkan pencapaian kelab itu musim depan.

Di Newcastle dia menerima bayaran gaji sebanyak £42,000 seminggu tetapi West Ham sanggup mengandakan gajinya menjadi £55,000 seminggu dengan kontrak yang lebih baik iaitu selama empat tahun.

Ini membolehkan Nolan terus berkhidmat di kelab barunya itu sehingga ke umur persaraan. Dia kini berusia 29 tahun.

Kejayaan West Ham memperolehi tanda tangan Nolan juga menyaksikan cita-cita besar kelab yang baru digugurkan dari Liga Perdana Inggeris itu untuk segera kembali ke atas.

West Ham kini dikendalikan oleh Sam Allardyce iaitu bekas pengurus Bolton di mana Nolan adalah pemain kesayangannya sebelum berpindah ke Newcastle.

Pada Khamis, Nolan telahpun lulus ujian perubatan dan para penganalisis berpendapat, Nolan akan diumumkan sebagai kapten baru West Ham pada musim baru nanti.

Musim lalu, Nolan telah menjaringkan 12 gol - kesemuanya dari posisi tengah padang menjadikannya sebagai satu-satunya pemain tengah yang paling konsisten menjaringkan gol dari posisi tersebut.

Artikel Lain