suria

Jawatan Pengurus Chelsea Bakal Diisi Dua Minggu Lagi

Gourlay yakin identiti pengurus baru kelab bakal diumumkan dua minggu lagi. Foto: Azlina Abdullah/THE STAR
Gourlay yakin identiti pengurus baru kelab bakal diumumkan dua minggu lagi. Foto: Azlina Abdullah/THE STAR
Gourlay yakin identiti pengurus baru kelab bakal diumumkan dua minggu lagi. Foto: Azlina Abdullah/THE STAR

PETALING JAYA: Ketua Eksekutif Kelab Chelsea, Ron Gourlay mrmberitahu bahawa kelab ini bakal mendapat pengurus baru dalam tempoh dua minggu lagi.

Bagaimanapun dia tidak menjelaskan lebih terperinci siapa yang bakal menggantikan tempat yang dipegang Carlo Ancelotti sebelum ini.

“Kami masih lagi dalam perbincangan dan keputusan rasmi akan dibuat dalam tempoh seminggu hingga dua minggu lagi. Namun buat masa kini saya tidak dapat menjelaskan lebih terperinci mengenai calon itu.

“Dengan pengumuman itu nanti, bermakna skuad Chelsea bakal bertandang ke Malaysia sempena Jelajah Asia Chelsea pada 21 Julai ini dengan pengurus baru dan dijangka akan turut melibatkan dua hingga tiga orang pemain-pemain baru,” katanya kepada media selepas melancarkan kempen Here To Play, Here To Stay dan akademi Chelsea Blue Pitch di NPNG Sports Centre, Damansara Damai,Rabu.

Selepas Ancelotti dipecat, jurulatih Turki, Guus Hiddink dilaporkan mengetuai senarai barisan calon untuk mengendalikan pasukan yang berada di tempat kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berakhir baru-baru.

Pengurus kelahiran Belanda ini pernah memikul tanggungjawab sementara di Stamford Bridge pada tahun 2009 dan membimbing skuad ini menjulang Piala FA dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara (CL) dalam tempoh singkatnya dua tahun, malah terus mempunyai hubungan baik dengan pemilik kelab itu, Roman Abramovich.

Sementara itu Gourlay berkata, musim lalu menyaksikan pasukan ini menghadapi saingan sukar dan gagal meraih sebarang kejuaraan.

“Sasaran musim lalu tidak menjadi kenyataan dan sebab itu kami merancang strategi baru bagi meraih trofi musim baru nanti. Malah kami juga bakal mempamerkan beberapa muka baru,” katanya.

Artikel Lain