suria

McLeish Hadiri Temu Duga Jawatan Pengurus Villa

Alex McLeish
Alex McLeish
Alex McLeish

ASTON Villa akan menemu duga Alex McLeish untuk jawatan pengurus kelab itu, kata jurucakap Villa dua hari selepas pengurus dari Scotland itu meninggalkan Birmingham City.

Kehadiran McLeish ke Villa Park mungkin tidak disenangi peminat setia kelab itu lebih-lebih lagi selepas mengambil kira kegagalannya memimpin Birmingham pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

McLeish meletak jawatan sebagai pengurus Birmingham menerusi emel selepas kecewa dengan prestasi hambar pasukan itu yang tersingkir daripada saingan EPL musim depan.

Begitupun, Birmingham memenangi Piala Liga untuk melayakkan diri ke pusingan playoff Liga Europa.

"Kelab menyedari Alex McLeish kini tidak mempunyai sebarang ejen. Oleh itu, kami mahu menemu duganya untuk jawatan sebagai Pengurus Villa," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Menjelaskan lebih terperinci mengenai tawaran itu, Villa menegaskan lembaga pengarah akan mengambil kira prestasinya sepanjang mengemudi pencabar terdekat mereka iaitu Birmingham sebelum ini.

Villa tidak mempunyai pengurus sejak peletakan jawatan Gerard Houllier akibat masalah kesihatan pada 1 Jun lalu.

Artikel Lain