suria

Pertunjukan Tomoi Di Menara Alor Setar

ALOR SETAR: Menara Alor Setar dengan kerjasama Zee One International Sdn Bhd mengadakan pertunjukan Cabaran Tomoi Dunia Z1 Piala Diraja Kedah selama empat hari mulai hari ini di perkarangan menara itu.

Menara Alor Setar dalam kenyataan berkata program itu bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat setempat serta mendidik golongan remaja dan belia mengenai pertempuran sukan Muay Thai.

Selain itu, melalui program ini juga dapat menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia apabila pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan keturunan akan bersama-sama memeriahkannya, katanya.

Selain itu, orang ramai yang berkunjung berpeluang bergambar bersama petinju tempatan serta dapat melihat dengan lebih dekat demonstrasi tomoi oleh petinju profesional.

Program itu akan bermula dari pukul 11 pagi hingga 11 malam setiap hari dan turut diserikan dengan tarian kebudayaan dan kesenian.- BERNAMA

Artikel Lain