suria

Sukan (Sipma): MSSM Pertahan Juara Keseluruhan Sipma Kali Keempat Berturut-turut

JASIN: Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) mempertahankan gelaran juara keseluruhan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (Sipma) buat kali keempat berturut-turut sejak 2005.

Pada sukan dwi-tahunan itu, MSSM dinobatkan juara keseluruhan pada edisi keempat ini apabila berjaya meraih 53 pingat emas, 44 perak dan 17 gangsa.

Tempat kedua menjadi milik Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) dengan pungutan 19 pingat emas, 11 perak dan 27 gangsa manakala Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM) di tempat ketiga dengan enam pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa.

Majlis penutupan Sipma Keempat disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Dewan Politeknik Merlimau di sini, malam Sabtu.

Pada majlis itu juga, Clement David Leong yang mewakili Masum dalam acara renang dinobatkan Olahragawan Sipma Keempat manakala Nik Norzilawatie Nik Wil yang mewakili MSSM dalam acara olahraga dianugerahkan gelaran Olahragawati Sipma Keempat.

Berikut merupakan carta pungutan pingat Sipma Keempat yang disertai 1,435 atlet serta pegawai:

. EMAS PERAK GANGSA

MSSM 53 44 17

MASUM 19 11 27

MSPM 6 8 8

MASISWA 3 8 15

MASKOM 2 2 6

MSIPGM 0 9 8

MSMM 0 0 0 - BERNAMA

Artikel Lain