suria

Newcastle Sambar Cabaye

Cabaye bakal menyarung jersi Newcastle musim depan.
Cabaye bakal menyarung jersi Newcastle musim depan.
Cabaye bakal menyarung jersi Newcastle musim depan.

KELAB Newcastle United secara sah menyambar pemain antarabangsa Perancis, Yohan Cabaye dengan kontrak selama lima tahun.

Cabaye,25, yang turut membantu kelabnya, Lille merangkul empat kejuaraan dan dia merupakan kunci utama dalam Liga Satu Lille.

Pemain tengah ini turut membantu pasukannya meraih trofi Piala Perancis.

“Ia merupakan satu kejutan buat saya. Pun begitu, saya tidak nafikan saat di Lille merupakan kenangan yang indah tetapi peluang baru ini adalah ujian untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL),” jelasnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Newcastle yang menamatkan saingan di tempat ke-12 EPL musim ini tidak menjelaskan secara terperinci mengenai nilai perpindahan ini.

“Dia (Cabaye) telah membuktikan pemain kelas pertama di Perancis, sama ada untuk negaranya ataupun kelab sekali gus mampu menambahkan lagi kualiti pasukan ini dan tidak sabar untuk bekerjasama dengannya,” jelas pengurus pasukan, Alan Pardew.

Artikel Lain