suria

Klose Sertai Lazio

PENYERANG Jerman, Miroslav Klose telah menandatangani perjanjian menyertai kelab Itali, Lazio untuk tempoh dua tahun.

Perpindahan bekas pemain Bayern Munich itu adalah secara percuma kerana beliau telah tamat kontrak.

Klose, yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 semalam.

Usahanya untuk kekal bersama Bayern Munich, tidak berhasil setelah kedua-dua belah pihak gagal mencapai kata sepakat tentang tempoh pelanjutan kontraknya.

Pada usianya yang telah lewat itu, Klose sudah pastinya akan menamatkan kerjayanya sebagai pemain profesional di bumi Itali.

Klose bermain selama empat musim bersama Bayern dan menjaringkan 61 gol dalam 109 perlawanan untuk negaranya termasuk empat gol dalam pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan tahun lalu.

Artikel Lain