suria

Sukma: Skuad Berirama Pulau Pinang Raih Emas

KUALA LUMPUR: Pasukan renang berirama Pulau Pinang berjaya meraih pingat emas menerusi acara berpasukan teknikal routine yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Khamis.

Pasukan dari 'Pulau Mutiara' itu muncul juara setelah berjaya mengumpul 179.10 mata mengatasi pasukan Negeri Sembilan yang mendapat 172.16 mata (pingat perak).

Manakala pingat gangsa pula menjadi milik pasukan Wilayah Persekutuan yang memperolehi 132.75 mata.

Kapten pasukan Pulau Pinang bagi acara tersebut, Lenong Jie Xi berkata kejayaan yang dicipta hari ini adalah hasil usaha dan kerjasama seluruh ahli pasukannya.

"Saya membuat persiapan hampir setahun untuk mempelajari teknik dan latihan secara bersungguh-sungguh. Saya dan rakan-rakan rasa gembira dan puas dengan kejayaan ini," katanya.

Leong, 17, berkata ini adalah kali pertama beliau beraksi di Sukan Malaysia dan beliau bercita-cita ingin mara ke peringkat yang lebih tinggi lagi (Sukan SEA).

Hari ini sebanyak dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa ditawarkan dari Pusat Akuatik Nasional iaitu acara berpasukan teknikal routine dan acara berpasukan free routine.-BERNAMA

Artikel Lain