suria

Segala-galanya Tidak Menjadi Di Newcastle

PERANCANGAN Newcastle United untuk menghadapi musim baru menemui pelbagai jalan buntu dan kekecewaan apabila kapten kelab berkenaan Kevin Nolan, menolak kontrak baru yang ditawarkan kepadanya.

Pemain berusia 28 tahun itu yang telah menjaringkan 12 gol liga musim lalu masih memiliki baki dua tahun lagi ke atas kontraknya.

Bagaimanapun kegagalan untuk mencapai sebarang persetujuan ke atas penyambungan kontrak telah membuka pintu kepada kelab lain untuk memancing Nolan keluar dari Newcastle.

Perkembangan mengecewakan ini muncul selepas Joey Barton, seorang lagi pemain berbakat tetapi bermasalah tidak ditawarkan kontrak baru oleh kelab berkenaan.

Nasib yang sama turut melanda pemain bek kiri, José Enrique malah bekas bintang Manchester United, Alan Smith yang menyertai Newcastle pada 2007 turut dimaklumkan bahawa kontraknya tidak akan disambung dan beliau bebas menyertai mana-mana kelab pilihannya.

Artikel Berikut

Artikel Lain